Bapa Berubah Sikap Lepas Kahwin Miera Liyana, Anak Tak Sanggup Tengok Ibu Derita
Anak tiri kepada pelakon Miera Liyana iaitu Nur Izzah Rosland berkata bapanya iaitu Rosland Othman mula berubah sikap selepas berkahwin dengan aktres itu pada Julai 2020.
Memetik mStar Online, Izzah turut meluahkan rasa kesal atas segala permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga ibu bapanya dan sedih melihat ibunya menderita.
BACA: Madu Miera Liyana Tetap Tak Nak Berpisah, Sedih 28 Tahun Kahwin Suami Fail Cerai
“Kalau berpisah pun mungkin bagus untuk ibu saya kerana selama ini dia telah banyak menderita sedangkan ibu tidak bersalah.
“Sebagai anak memanglah sedih dan kecewa. Kalau ada jalan penyelesaian itu bagus untuk mereka (ibu dan bapanya),” katanya.
Difahamkan, Izzah turut hadir menemani ibunya Adibah Abdul Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam bagi proses lantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Semasa sesi JKP itu, Rosland juga dilihat tidak bertegur dengan anaknya meskipun mempunyai peluang berbuat demikian. Malah, Rosland hanya berlalu pergi meninggalkan mahkamah tanpa memberi sebarang komen mengenai hal rumah tangganya itu.
Sementara itu, Izzah berkata bapanya itu sudah banyak berubah malah mereka sudah lama tidak berhubung serta nombor telefonnya sudah disekat bapanya sejak Februari lalu.
“Saya tak berhubung dengan ayah. Dia dah ‘block’ saya sejak Februari lalu. Kami anak-anak sentiasa memberi sokongan kepada ibu. Saya juga sentiasa ingatkan dia supaya menjaga kesihatan mental,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Dpt pcuk muda je trus lupa yg lma.jgn lpa pcuk muda ko akn tua dan kmbng jgak.ko pun xkn sntiasa muda ,igt la.
Dah la..minta harta sepencarian dan fight for it…si penyondol pun mcm muka tembok…tak malu..pasti nanti dibalas dikemudian hari..kifarah
Penyondol kata jgn gila glamour…tapi penyondol memang tak glamour pun…glamour pun pasal kes jadi penyondol…lol….so kakak, fight for nafkah anak2 dan harta sepencarian…penyondol kan muda lagi…bukan betul2 sayang suami pun..kalau sayang, pasti akan memastikan suami berlaku adil dan jalankan tanggungjawab
Semoga pak cik diberikan hidayah oleh Allah. Dia yang boleh membolak balikkan hati.
Divorced his wife for female jinn
Penyondol dari neraka!!!!
Esok bapak korang trggil.. Ggil carik korang, korang kuis dia dengan penyapu tau?! Sruh blik dkat bini yg bibir juih tu..
Sepatutnya anak ni dok diam aje. Tak perlu nak buat kenyataan apa-apa. Ini tidak, pergi buka peluang untuk orang luar kecam bapa sendiri.
Biarlah mak dan bapa selesaikan. Awak sebagai anak jangan dok mengeruhkan keadaan.
– Nasser (Ser)
Nnt dah kena strok, dah terkangkang atas katil time tu baru ingt jasa bini tua yg sama2 susah senang masa mula2 dulu. Org jantan ni kalau akal dia dah duduk kt kepala dlm seluiar tu mmg x boleh nk ckp apa laa
Nyampah nengok muka anak anak perempuan kot.
Ni dah kawin lain..dh sampai tahap xnak nengok muka anak, taknak tegur, x bagi nafkah..maknanya dia failed sbg bapa.
Kalau fikir dengan guna akal, apa masalahnya? Ruslan dan Miera ni bukanlah berzina. Ruslan pula ada kemampuan. Kalau dia nak tambah yang lebih muda, lebih bertenaga, itu hak dia. Kalau dapat anak, akan menambahkan ummah.
Caffrey..
memang tak salah tapi sikap bapak yg lupakan anak yg salah..kawin la sampai 5 sekalipun, yg penting kena adil. Ada paham?