Madu Miera Liyana Tetap Tak Nak Berpisah, Sedih 28 Tahun Kahwin Suami Fail Cerai
Madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib tetap tidak mahu bercerai dan mahu mempertahankan perkahwinannya bersama Rosland Othman yang dibina sejak 28 tahun lalu.
Memetik mStar Online, Adibah berkata dia yakin berada di pihak yang benar serta meminta suaminya itu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
BACA: Madu Miera Leyana Tetap Tak Nak Bercerai, Mahkamah Arah Lantik JKP
“Saya yakin saya tidak bersalah. Jadi sebab itu saya tidak mahu bercerai. Talak memang terletak di tangan suami, tapi saya harap rumah tangga ini dapat diselamatkan. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku nanti,” katanya.
Difahamkan, Adibah dan Rosland hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) urusan rumah tangga mereka.
Adibah hadir bersama peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.
Dalam pada itu, Adibah mendedahkan suaminya itu juga sudah lama tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.
Kata Adibah lagi, tiada perbincangan antara mereka untuk selesaikan masalah rumah tangga sehingga ianya dibawa ke mahkamah serta sedih perkahwinan mereka jadi begini selepas 28 tahun bersama.
“Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini. Saya harap dia akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. Namun antara kami berdua tidak pernah berhubung,” katanya.
Sementara itu, Adibah berkata anak keempat mereka diambil oleh Rosland tanpa pengetuannya dan kini tinggal bersama suami.
“Dia ambil anak dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, anak kami terus tinggal bersama dia. Dia masih berstatus suami saya jadi saya tidak ada masalah untuk dia menjaga anak. Cuma saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
mesti miera mental pastu dia yg mintak cerai hahahahaha
Miera paksa si suami dia utk cerai. Apa gila laki tu senang2 nak lepas kan bini 1st.
madu dari neraka. tergamak hancurkan rumahtangga….
Gud job akk nko jgn cerai! Nko psang bdan, cntik kn diri, ketat mana yg longgar pastu nko tayang dkat madu nko yg bibir jueh tu
Penyodol yg x kena maki berjemaah dgn netizen sbb family dia org kaya kt? Ke sbb xde drama air mata mcm PS dgn Samdol?
kalau dah lakinye fail cerai tu…hmmmm
Dia dah tak suka kak…kesian, just lawan hak apa yg patut. No point staying kalau dia tengok u pun tak lalu pasal dpt betina gigi berlapis ni.
Laki ni kaya raya-board of directors dalam banyak company besar including overseas, mana Miera nak berkongsi. Tapi ada jugak suami macam ni ye, kahwin baru terus lupa isteri dan anak2 lain yang berderet tu.
Currently, he sits on the Board of Directors in various companies, namely Konsortium KAJV Sdn. Bhd., Malaysia, OHP Ventures Incorporated, Labuan, Malaysia, Sufini Holdings Ltd, Abu Dhabi, U.A.E., and Geppert GmbH, Austria.
Kau tu penyondol …makhluk.perosak…kau patut diceraikan bukan bini pertama
Suami lupa kot, doa orang teraniaya sebagai isteri yang kena neglect akan termakbul. Saya doakan doa isteri pertama makbul dengan instant. Amin
laki nii bila dah tua kerepot, x larat nk urus diri sendiri, barula laa die taw dirinya dihargai atau tidak.. barulah die nampak mn satu permata, mana satu kaca..