fbpx

Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Salam takziah buat pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki di atas pemergian bapa tercinta, Aksan Abu Bakar yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.57 pagi tadi.

Berita duka itu disampaikan oleh Afdlin menerusi akaun Instagram miliknya. Difahamkan, bapanya disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas menjalani pembedahan.

BACA: Adik Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Dalam perkongsian tersebut, Afdlin meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan doa buat Allahyarham bapanya. Afdlin turut meminta keampunan bagi pihak arwah daripada sesiapa yang mengenalinya.

“Dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan dia pernah lakukan kepada sesiapa yang mengenalinya.

“Tolong ampunkan ya! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa. Al-fatihah, I love you papa,” katanya.

Bagaimanapun, Afdlin tidak mendedahkan penyakit yang dihidapi Allahyarham. Sekali lagi kami ucapkan takziah pada Afdlin sekeluarga, semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan yang beriman.