fbpx

Banyak Pendarahan, Ummi Nazeera Bimbang Kandungan Gugur

Menyambut kelahiran cahaya mata tempoh hari, Ummi Nazeera mendedahkan dirinya sebenarnya mempunyai masalah placenta previa jenis dua hingga menyebabkan pendarahan yang banyak ketika Aidilfitri lalu.

BACA: Ummi Nazeera Selamat Lahirkan Ayra Aneesah

“Assalammualaikum puteriku, Ayra Aneesah Mohd Izzar. Alhamdulillah Allah memudahkan mummy untuk mengandung tetapi perjalanan untuk mengandungkan kamu sangat mencabar untuk kami. Mummy ada placenta previa jenis dua dan pendarahan mula berlaku selepas sambutan Aidilfitri lalu”

“Saya menangis apabila ia terjadi. Ingatkan mummy sudah kehilangan kamu. Alhamdulillah, semuanya baik. Mummy banyak berehat dan keluar rumah sekali seminggu. Mummy akan cuba segala yang boleh. Banyak berdoa dan bersujud”

“Malangnya, ia berlaku buat kali kedua dan ketiga. Pendarahan yang berlaku terlalu banyak sehingga doktor memutuskan untuk jalani pembedahan.
Mummy takut sangat. Alhamdulillah, daddy tenangkan dan meminta mummy supaya usah nangis dan beristighfar,” tulisnya.

Jelas Ummi lagi, beliau mencuba segala termampu namun diduga dengan pendarahan sebanyak tiga kali hingga perlu melakukan pembedahan. Bagaimanapun proses pembedahan katanya berjalan dengan lancar dan bayi juga dapat dikeluarkan dengan selamat.

Begitulah pengorbanan besar seorang wanita dan ibu untuk melahirkan seorang cahaya mata. Pasangan ini selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 22 Ogos yang diberi nama Ayra Aneesah. (rtky/w)