fbpx

“Banyak Lagi Orang Dia Nak Bagi, Jangan Batak Duit Raya”

Setiap kali hari raya tak lengkap rasanya jika tidak menghulurkan duit raya. Kebiasaannya duit raya diberikan kepada mereka yang belum lagi bekerja.

Baru-baru ini tular isu seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila anak saudaranya hanya memberikan duit raya sebanyak RM5 sedangkan bergaji besar dan memiliki kereta mewah.

Perkara itu turut mendapat perhatian Sharnaaz Ahmad yang mengkiritk sikap individu yang mempertikaikan jumlah duit raya yang diperoleh kerana sepatutnya mereka menghormati setiap pemberian tidak kira berapa pun jumlahnya.

BACA: Sharnaaz Ahmad Akui Sedang Pulihkan Rumahtangga

Menurutnya, kaya mana pun individu tersebut tetapi mungkin ada tanggungjawab lain yang perlu diutamakan, tambahan pula mungkin jumlah kanak-kanak yang perlu diberikan duit raya ramai.

“Duit raya banyak atau sedikit, tolong hormat orang bagi tu. Yang penting orang bayar zakat dan bahagian dia, jangan batak duit raya. Kaya macam mana pun orang tu, kalau dia ada berpuluh orang nak bagi, fikir sama kesempitan yang dia kena lalui,” katanya.

Macam-macam ragam orang zaman sekarang sehinggakan duit raya sikit pun sampai nak kongsikan di media sosial. Lagi pun duit raya bukanlah satu kewajipan, bagi mereka yang berkemampuan tiada masalah untuk berikan duit raya.