fbpx

“Banyak Kali Keguguran, Isteri Kena Buatan Orang”

Sudah beberapa kali keguguran sebelum ini, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya Zai Izzati Khiruddin sukar hamil kerana terkena buatan orang.

Jamal memberitahu individu tidak bertanggungjawab itu mungkin mahu menghantar ilmu hitam kepadanya tetapi isterinya yang terkena tempias. Kata Jamal lagi, keadaan isterinya sekarang semakin kurus.

BACA: Jamal Abdillah Perkenalkan Isteri Muda

“Kalau ditanya tentang keinginan memiliki zuriat, memang saya teringin sangat walaupun cuma seorang. Akan tetapi, isteri sudah banyak kali keguguran selain mengalami tanda merah-merah pada badan.

“Mungkin orang yang menghantar ilmu hitam itu tujukan kepada saya tetapi terkena kepada isteri. Saya sangat kasihan kepadanya sebab sekarang badannya makin kurus. Orang mahu pedajal saya tetapi dia yang kena,” katanya kepada Kosmo!

Lebih teruk, isterinya mengalami pendarahan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu. Walaupun sudah mendapatkan rawatan moden dan tradisional namun tiada perubahan positif. Ujarnya lagi, disebabkan masalah tersebut beliau dan isteri tidak lagi menetap di kediaman lamanya di Shah Alam.

“Macam-macam cara saya sudah lakukan untuk merawat tetapi apabila berjumpa doktor pakar, jawapan diberi adalah disebabkan masalah hormon.

“Sedangkan setiap hari isteri saya mengalami pendarahan dan itu sudah menunjukkan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional juga tidak berhasil,” ujarnya.

Jamal dan Zai Izzati, 25, mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak dan itu merupakan perkahwinan keempatnya.