fbpx

Minggu lalu, selebriti popular Neelofa akhirnya mendedahkan wajah anak kesayangannya Muhammad Bilal kepada umum selepas sekian lama para peminatnya menanti.

Sementara itu, suaminya pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz turut dilihat meluahkan rasa kesal apabila Bilal dijadikan permainan selepas foto anaknya itu tersebar di media sosial.

BACA: Neelofa, PU Riz Korban 15 Ekor Lembu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Meluahkan rasa sayang terhadap anak sulungnya itu, PU Riz berkata perasaan berbeza apabila ianya berkaitan anak dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

“Sayang abah selamanya. Banyak benda boleh dipermain tapi anak ni rasa dia lain sikit. Sayang dia Rabb saja yang mengerti. Salam sayang seluruh ummi abah di Malaysia. Salam selawat kerana jummat adalah paling afdhal,” tulisnya.

Perkongsian PU Riz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tersentuh dengan perkongiannya itu serta mendoakan agar pasangan kuar menghadapi dugaan.