fbpx

Neelofa, PU Riz Korban 15 Ekor Lembu

Sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, pasangan selebriti popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz mengorbankan dua ekor lembu sado jenis Charolais masing-masing seberat satu tan.

Memetik Kosmo, difahamkan lembu itu dikorbankan di Majlis Korban Perdana, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Ibu Pejabat Balai Bomba Tunjong hari ini.

BACA: “Sebab Dia Derhaka, Itu Sebab Pakai Inai Tak Jadi..”- Neelofa

Neelofa berkata lembu sado itu merupakan antara dua ekor daripada tujuh lembu korban yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa.

Katanya lagi, menerusi majlis korban tersebut seramai 700 golongan asnaf di negeri ini dan anggota bomba akan menerima agihan daging berkenaan. Menurutnya, selain Kelantan majlis korban turut berlangsung di Perak, Kedah dan Selangor.

“Kita memperuntukkan sebanyak 15 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini. Di Kelantan, kita bekerjasama dengan JBPM untuk menumbangkan tujuh ekor lembu termasuk dua lembu sado jenis Charolais masing-masing seberat hampir satu tan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, kerjasama antara pihaknya dengan Pertubuhan Kasih Neelofa itu bukanlah kali pertama.

Sebelum ini, pihaknya pernah berkerjasama dalam dua program besar melibatkan misi bantuan awal banjir di Pasir Mas dan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti di Gua Musang baru-baru ini.