fbpx

Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan ramai artis yang suka menunjukkan kemewahan mereka sehingga dikagumi oleh pengikut serta menjadi ikutan ramai.

Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata ramai selebriti tidak hidup mewah namun sering menunjuk imej kaya.

BACA: Khazrul Dakwa Pertunangan Dengan Zarina Anjoulie Hanya Rekaan

@astrogempak

“It’s okay kalau you artis bawak Myvi” – @zarinaanjoulie_ Setuju, make sure kita selalu berbelanja ikut kemampuan okay! No Filter ?? Setiap Isnin ? www.gempak.com | 12 tengahari ? Astro Ria | 8:30 malam Saksikan NoFilter, mulai 15 April di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang! #NoFilterSeries #GempakOriginalSeries #AstroBaharu #TakMacamDulu #LayanOriJanganCuri

? original sound – Gempak – Gempak

“Ramai artis dekat Malaysia ni nak tunjuk benda yang tak ada. Tak mengapa, saya pun tak kaya, ada masa saya pun tak ada duit. Tak mengapa sebab realitinya artis kita memang banyak tak buat duit. Banyak artis yang nak tunjuk imej mereka kaya tapi saya tahu berapa ramai yang bankrap,” katanya.

Katanya lagi, disebabkab imej yang sering ditayang di media sosial, ramai pengikut terpengaruh sehingga ada yang berhutang untuk hidup mewah.

“Secara tak langsung, followers pun terikut-ikut gaya hidup macam itu. Sanggup hutang Ah Long semata-mata untuk kononnya hidup mewah.

“Mereka tak faham yang artis ni banyak hutang Ah Long, banyak pinjaman dan sebagainya. Kenapa nak jadi macam mereka?

“Tak mengapa kalau awak artis bawa Myvi. Banyak saya nampak pengikut di media sosial, mereka tidak hidup dengan cara ‘mengukur baju di badan sendiri’ mereka cuba nak jadi macam itu,” katanya.

SUMBER: TikTok