Ahli perniagaan Datuk Khazrul Elzey mendedahkan pertunangannya dengan Zarina Anjoulie sebelum ini hanya sekadar rekaan yang dirancang oleh pelakon sensasi itu.
Memetik mStar Online, Khazrul mendakwa kisah pertunangan mereka adalah untuk menaikkan kembali nama pelakon itu dalam industri dan dia melakukannya kerana sayangkan wanita itu.
BACA: Zarina Anjoulie Penat Kerja, Nak Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa
“Sebenarnya pasal tunang tu semuanya hanya satu rancangan Anju bagi melonjakkan kembali namanya. Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali pujuk saya untuk membantunya. Jadi saya tolong sebab saya sayangkan dia.
“Saya tak mahu salahkan sesiapa kerana niat saya hanya ingin membantunya,” katanya.
Sementara itu, Khazrul berkata dia mahu menghentikan penipuan tersebut serta menyifatkan hubungannya dengan Zarina sebagai toksik dan hubungan mereka juga tidak mendapat restu daripada ibu Zarina.
“Ini adalah hubungan yang toksik. Saya dah tak mahu terlibat lagi. Jodoh antara kami mungkin tak ada. Sampai bila saya nak bantu dia menipu diri sendiri? Saya tak mahu teruskan sebab dah penat.
“Masyarakat luar sana banyak mendoakan saya berkahwin dengan Anju. Nak nikah di mana-mana pun boleh tapi masalahnya kena ada restu ibu. Saya dan Anju mungkin tak boleh bersama lami sebab bagi saya restu keluarga sangat penting,” katanya.
Dalam pada itu, Khazrul berkata dia pernah menasihatkan Anju supaya tidak mencetuskan kontroversi namun tidak diendahkan oleh pelakon itu.