fbpx

Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan bekas suaminya iaitu aktor Azri Iskandar bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun ini dengan kekasihnya dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

Memetik mStar Online, berkata persiapan perkahwinan Azri akan dilakukan olehnya kerana dia memegang janji arwah nenek Azri untuk menjaga bekas suaminya sehingga salah seorang dari mereka meninggal dunia.

BACA: Ellie Suriaty Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk

“Mereka sedag buat persiapan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat dan saya mewakili Azri bagi persiapan pihaknya. 

“Azri dah jumpa keluarga Nora untuk merisik dan selepas ni terus menikah saja. Kalau ikut perancangan pada tahun ini. Kenapa saya jadi orang tengah Azri sebab dia tiada orang lain, Azri dibesarkan oleh nenek tapi dia dah meninggal dunia. 

“Janji saya pada nenek untuk kekal bersama sampai salah seorang antara kami mati, tapi saya tak dapat tunaikan janji itu sebab jodoh kami tak panjang,” katanya.

Sementara itu, Ellie berkata selepas dia bertemu dengan kekasih Azri iaitu Datin Noora Kay, dia yakin wanita

“Memang betul sebelum ini Azri ada ramai teman wanita tapi apa pun dia akan bertanya pada saya, walaupun sudah berpisah kami tetap tanya pendapat antara satu sama lain untuk keharmonian anak-anak.

“Saya pernah cakap pada Azri saya tak setuju dengan pilihan dia sebelum ini, saya ada penilaian kena okay dengan anak-anak, teman wanita dia sebelum ini semua fake nak terima anak-anak,” katanya.

SUMBER: mStar Online