Pelakon Ellie Suriaty akhirnya berjumpa dengan kekasih bekas suaminya, Azri Iskandar yang bergelar Datuk dikenali sebagai Datuk Noora Kay.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ellie menyifatkan kekasih Azri seorang yang mempunyai kecantikan luaran serta dalaman serta mendoakan urusan mereka ke fasa seterusnya dipermudahkan.
BACA: Hubungan Dengan Dr Azra Renggang, Azri Iskandar Sedang Kenali Wanita Lain
“You are so very beautiful inside out my dear @datonoora.kay. I am so happy for Azri Iskandar, may Allah SWT permudahkan segala urusan kalian berdua. Amin Ya Rabbalallamin,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi Instagram Noora turut dikongsikan video perjumpaan mereka sekeluarga serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.
“Mengeratkan ikatan kekeluargaan kami semalam. Kerana Allah Ta’ala. Sesungguhnya kami hanya bergantung hanya padaMu Yarob. Permudahkan segalanya.
“Terima kasih kepada Kak Ell dan kawan baik saya, Datuk Ayu. I love you both until Jannah Allah SWT,” katanya.
Tahun lalu, Azri mendedahkan dia dengan wanita misteri dikenali sebagai Dr Azra sudah tidak berjumpa sejak lebih setahun lalu dan hubungan mereka semakin renggang serta sedang berkawan dengan wanita lain.