Bantah Nusyuz, Sari Yanti Tolak Tuntutan Kembali Taat Suami
Hasrat pelakon Sari Yanti Mohd Nazari atau Sari Yanti mahu bercerai dengan suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussin tidak kesampaian apabila aktress itu terpaksa memfailkan bantahan dakwaan nusyuz terhadap dirinya.
Permohonan tersebut dibuat untuk menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang dibuat oleh suaminya di Mahkamah Sri Petaling, pada 7 Mac lalu.
Permohonan bantahan tersebut telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah pada sebutan kes yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dekat Petaling jaya, Selangor, hari ini.
Terdahulu, Pada 25 Februari lalu, pelakon Kisah Kaisara itu menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Sari Yanti yang ditemui di luar dewan mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ingin ditemubual pihak media. Sebaliknya dia hanya terus berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah.
Sementara suaminya, Edy Casmady berkata, beliau hanya menyerahkan keputusan kepada mahkamah. “Biar mahkamah yang buat keputusan”, katanya ringkas dan terus meninggalkan mahkamah.
Pasangan ini berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2 dan anak anak kini tinggal bersama si bapa.
Kes ditangguh untuk sebuatn semua pada 28 Mei 2014. (rtky/fr)
kenapa lah anda nuzyuz??.. terang2 anda nusyuz.. baliklah ke pangkal jalan yg diredhai!.. minta ampun pada suami mu.. sebelum terlambat!
ntah apo la kono kek duo2 umat manusia nie….sian kek anak…
Laki kaki smack down. .. saper tahan…
Dia dah xnak.. nak buat mcm mana.. teruskan jela hidup.. ada hikmah disebalik kejadian..
Iklan j&j tu kena tarik balik la kot. Nyata tak bahagia . Kukuku
Kalau anak2 sari yanti ni diambil dari nama 99 nama Allah, sepatutnya kena tambah abdul kat depan kan? Aku pernah dengan ustaz aku habaq masa sekolah rendah dulu
asal retis nie malaysia .. bila gi mahkamah jer nk pakai bj hitam. pelik aku.. ada rule mahkamah ker kena pakai color hitam?
hemm.. jgn kerana perasaan.. soal agama islam di abaikan.. insaflah kamu.
Tgn baju singkat, ikut kod etika berpakaian ke tu
APA KEJADIAN ANTARA MEREKA HANYA ALLAH DAN MEREKA JE YANG TAU.TAPI LAW KOD ETIKA PAKIAN UNTUK KE MAKAMAH SYARIAH.HAKIM MAKAMAH PATUT DAN WAJIB TEGUR SARI YANTI.ITU HUKUM.TAK KIRA DIA ARTIS KE APA.
Saya berpandangan fikir dulu tentang anak2 sebelum buat keputusan muktamat. Anak2 memerlukan ibu ayah bersama.Jika suami tidak memberi nafkah zahir batin, dera emosi dan fizikal atau ingin berpoligami layak untuk isteri membuat keputusan berpisah. Saya masih terikat dengan perkahwinan kerana anak berusia 5 tahun tidak mahu dipisahkan. Dia mahu kami bertiga bersama.
Perkahwinan bukan mainan, taati tutusila dan persetujuan semasa akad nikah itu, beretika dan amanah terhadap diri sebagai manusia dan hamba Allah s.w.t.
Sari nk blakon glamer2 smula kot…then laki nye x bg ke..x izin kn ke..mane la tau….kalo tgk dr laki nye, mcm xde mslh.n cara jwb wartawan tanye pun mmg low profile.
haish…x paham aku..org lain nak cari pasangan hidup bukan main susah. Dah kawin..ada anak..asalkan husband responsible enough, baik ok la w/pun x hensem mana… ni nama nya insan x reti bersyukur
si suaminye suh sari yanti brhenti brlakon tp die x nk..sbb tu si suami failkn nusyuz..
sari yanti ebih penting diri endiri daripada keluarga ni lah penyalitnya bila dah gila glamor. suami nya nampak macam ustadz. nak apa lagi?
ermmm…susah nk cakap..hal rumahtangga orang..klu dia dah x suka..biar la dia..
kenang semula saat bersama..ingat anak2..
Ada ceta org lain x tau hanya dia n suami ja yg tau ….. corz terima jeee….
kalau suami failkan nusyuz cepat atau lambat memang akan bercerai juga akhirnya. perempuan kalau hati dia tak luka, takdenya dia nak suka2 minta cerai. semoga sari yanti tabah.
terbalik la abang bulat. kalau nama ank guna abdul baru kena guna nama Allah tak boleh nama lain.kalau nama Allah saje tak apa. contoh rahman saja atau hafiz rahman boleh. tapi kalau abdul kena abdul rahman *contoh* tak boleh abdul yusuf.
siapalah kita nak teka apa yg terjadi antaar mereka..kalau kita kat sini menuduh pihak itu pihak ini kan dah dpt free dosa..KALAU SETAKAT ITU JODOH MEREKA NAK BUAT MCMANA..ALLAH SWT BUAT SEMUA NI ADA SEBABNYO..TAPI BUKAN SOBAB UNTK DI HINA..DIO ARTIS PUN MANUSIA BIASO KORANG KALAU JIRAN KONO CORAI PUN NGUTUK NGATA TAPI KITO NIH PONAH NAK TANYA KENAPO..ADOIII MANUSIA
alah.. nak blkon x xblkon ke sme je.. klo blkon je stkat retis RTM wat pe.. betino goblok!
Cehhh… korang yg tak pernah bercerai tak yah nak ckp lebih2 ahh.. masalah rumahtangga bukan cam couple bf gf…. minta tolong org luar bukan sesuatu yg pasti akan selesai..lg teruk mungkin.. ….. dah mmg takat tu je jodoh.. dah abis berusaha..berdoa..
Kalau day x de jodoh nk bust macam mane…..teruskan jelah hidup moga dapat yg lebih baik
Qada dan qadar tuhan sapa mampu ubah.. kat tangan ko ke? Ko tahu bila ko nak mati?