fbpx

Bangun Pagi Jaga Anak, Hanis Zalikha Anggap Suami Wira

Dalam ramai-ramai keluarga selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen antara yang menjadi perhatian netizen. Malah, kedua-dua anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara anak selebriti yang paling popular.

Baru-baru ini, Hanis ada berkongsikan foto suaminya sedang bermanja dengan anak kedua mereka, Alisa. Apa yang menjadi perhatian ramai adalah kapsyen Hanis yang memuji suaminya sanggup berjaga awal pagi demi menjaga anak.

BACA: “Pinggang Kecil Sebab Essential Oil, Bukan Memang Kerengga Ke?”

Malah, Hanis turut menganggap suaminya adalah wira sebenar dalam keluarga mereka kerana rajin dalam bab menguruskan anak-anak dan berjaga awal pagi  demi menemani anak kedua mereka.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan anak pasangan tersebut yang mempunyai sepasang mata yang sangat cantik.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan menimang cahaya mata pertama pada tahun 2016 iaitu Yusuf Iskandar yang kini berusia tiga tahun.