fbpx

“Pinggang Kecil Sebab Essential Oil, Bukan Memang Kerengga Ke?”

Pasti ramai tahu pelakon dan usahawan Hanis Zalikha baru saja melancarkan produk kecantikannya diberi nama Cakenis Petite Oil. Difahamkan, minyak tersebut adalah untuk kulit bahagian berlemak dan mengawal nafsu makan.

Bagaimanapun, ramai netizen mengkritik keberkesanan produk tersebut dengan sapuan sahaja boleh mengawal nafsu makan. Malah, ada yang tidak berpuas hati tindakan Hanis ‘overclaim’ produk minyaknya itu.

BACA: Netizen Pertikai Produk Minyak Kurus Hanis Zalikha

Bukan itu saja, turut disertakan bukti kajian terperinci daripada luar negara bagi menyokong produk keluarannya serta ‘eksperimen’ terhadap dirinya. Namun, ramai yang meragui kesahihan kajian tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang berkata sangat menakjubkan jika benar minyak tersebut dapat mengurangkan selera makan sehingga dapat menurunkan berat badan tetapi ia tidak dapat dibuktikan kerana Hanis memang sedia kurus.

Kalau ikutkan, agak mustahil untuk kuruskan badan dengan hanya menggunakan minyak sahaja. Paling penting perlu amalkan pemakanan sihat, kawal makan dan amalkan senaman. Apa pun sudah tentu Hanis sudah melakukan kajian terperinci sebelum memperkenalkan produk tersebut.