fbpx

“Banglo Untuk Ibu, Bukan Watie” – Shuib

Pelawak Shuib Sepahtu menafikan dakwaan menghadiahkan banglo untuk isterinya, Watie Hanifiah sebagai hadiah perkahwinan.

Memetik BH Online, Shuib berkata sebaliknya banglo tersebut adalah untuk dihadiahkan buat ibunya, Salamiah Jalani di Johor.

BACA: Lima Kali ‘Blackout’, Ini Antara 10 Momen Majlis Nikah Shuib & Watie

“Macam mana pula boleh timbul dakwaan saya belikan isteri banglo? Saya memang ada beli banglo, tetapi hadiah untuk ibu.

“Insya-Allah, banglo yang dibeli di Johor akan siap pada Januari depan. Jadi, cerita saya hadiah isteri banglo tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata ibunya masih ingin menjaga anak bongsunya, Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. 

“Sebelum ini, ibu kata mahu jaga Ayash sampai pandai berjalan. Baru-baru ini, saya tanya lagi, tetapi ibu kata tunggulah sehingga Ayash pandai bercakap pula.

“Tetapi, tidak mengapalah kerana ibu pun rajin turun ke Kuala Lumpur. Ada kala sebulan tiga kali ibu akan berulang-alik ke rumah saya,” katanya.