fbpx

Lima Kali ‘Blackout’, Ini Antara 10 Momen Majlis Nikah Shuib & Watie

Semalam, pelawak Shuib dan Watie Hanifiah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis indah yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam.

Disebalik majlis tersebut, ada momen menarik berlaku ketika acara berlangsung antaranya bekalan elektrik dewan mengalami masalah teknikal sehingga blackout sebanyak lima kali.

Memetik Media Hiburan, ini antara beberapa hal menarik sepanjang majlis pernikahan Shuib dan Watie malam tadi.

1. Tampil serba putih, Shuib dan isteri tampak bergaya menerusi persalinan rekaan pereka fesyen tersohor, Fizi Woo.

2. Majlis pernikahan mereka diacarakan oleh kawan baik Shuib, Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah.

3. Mikrofon Shuib tidak berfungsi sewaktu majlis akad nikah dimulakan, lalu Nabil spontan menyelamatkan keadaan dengan memberikan mikrofon lain.

4. Watie mengalirkan air mata lalu menangis sebak sejurus Shuib sah bergelar suaminya.

5. Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.

6. Bekalan elektrik dewan mengalami sedikit masalah teknikal dan ‘blackout’ sebanyak lima kali. Namun, Nabil dan Shiera selaku hos bijak mengawal keadaan.

7. Penyanyi terkenal, Anuar Zain dan Lah Ahmad hadir menghiburkan tetamu.

8. Ketika Anuar menyampaikan lagu, Shuib dan Watie berarak ke atas ruangan pelamin bersama anak-anak mereka.

9. Dayang Nurfaizah juga membuat persembahan sebagai kejutan. Siti Jewels menghadiahkan persembahan Dayang sebagai ‘surprise’ untuk mereka berdua.

10. Majlis turut diserikan dengan persembahan bunga api di luar perkarangan lokasi kahwin.