“Banggalah, Ada Adik Datin” – Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose berkata dia berasa bangga adiknya iaitu Nelydia Senrose bergelar Datin selepas adik iparnya, Hafez Halimi menerima gelaran Datuk.

Memetik Harian Metro, Uqasha turut menafikan darjah kebesaran itu ‘dibeli’ seperti didakwa netizen kerana jika ianya dibeli sudah lama adik iparnya berbuat demikian.

BACA: Adik Ipar Bari Sumbangan Sektor Hartanah, Wajar Bergelar Datuk – Uqasha Senrose

“Sebenarnya, gelaran Datuk itu diperoleh oleh suaminya. Jadi secara automatik, dia bergelar Datin, kan?

“Apabila saya membaca pelbagai komen orang berkata ‘Datuk beli’ dan sebagainya, apa yang saya boleh katakan sekarang ini ialah suaminya memang seorang ahli perniagaan. Kalau dia benar-benar mahu membeli gelaran, sudah lama dia boleh beli,” katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata adik iparnya  berasal daripada keturunan diraja dari Terengganu. Malah, Hafez wajar diberi pengiktirafan atas sumbangan kepada masyarakat dalam sektor perumahan dan pembangunan.

“Pada pandangan saya, dia banyak terbabit dalam pembangunan, perumahan dan sebagainya. Mungkin daripada situ Sultan Pahang berkenan menganugerahkan gelaran Datuk kepadanya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×