fbpx

Balu Arwah Abam Tak Pernah Minta Sedekah

Sebelum ini, adik kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh meluahkan rasa kurang senang apabila balu abangnya iaitu Nor Hidayah dikatakan memberikan nombor akaun bank dan menerima sumbangan dari orang ramai.

Menurut Ali, bantuan itu seolah mereka sekeluarga tidak mengambil berat mengenai kebajikan balu arwah dan anak mereka. Katanya lagi, wang yang ditinggalkan oleh arwah cukup untuk menampung mereka.

BACA: Mohon Maaf Pada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni

Bagaimanapun,  Aktivis politik, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjelaskan Noor hidayah tidak pernah meminta sedekah, malah tidak tahu menahu mengenai sumbangan itu.

Ujarnya lagi, dia sendiri meminta rakan-rakannya berkongsikan nombor akaun balu abam. Malah, turut dikongsikan mesej perbualannya dengan isteri kepada penyanyi Black meminta untuk mendapatkan nombor akaun balu Abam.

“Berani kerana benar! Balu Abam tak pernah minta sedekah. Ini adalah atas initiatif sy. Dan sy minta rakan-rakan kongsikan no account balu Abam untuk membantu dia membesarkan sikecik tu,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Nurul Zahid menegaskan dia ikhlas menghulurkan bantuan tersebut kerana pernah melalui keperitan kehilangan suami dan bergelar balu.