Balkisyh Cadang Pakai Lampin Kain Lebih Jimat
Susulan pandemik Covid-19, ramai yang terjejas pendapatan sehingga ada yang kehilangan kerja. Lebih sedih ramai yang tidak cukup makan serta memerlukan bantuan susu dan lampin pakai buang untuk anak.
Tampil memberi cadangan mengenai perkara itu, pelakon Balkisyh Semundur Khan menyarankan ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk menggunakan lampin kain yang lebih jimat.
BACA: Balkiysh Tak Cari Lelaki Kaya, Pentingkan Kebahagiaan Anak-Anak
Balkishy berkata ramai yang menghubunginya meminta bantuan lampin pakai buang untuk anak mereka. Namun pelakon itu berkata tidak salah untuk menggunakan cara lama untuk mengatasi masalah tersebut.
View this post on Instagram
“Zaman sekarang orang ramai mungkin menganggap penggunaan lampin sangat remeh dan kotor. Tetapi ketika saya masih kecil, ibu bapa pakaikan lampin kain sahaja.
“Saya berasal daripada keluarga susah. Kalau saya ada anak kecil, saya pun ada guna kaedah ini (pakai lampin) untuk berjimat-cermat kerana saya turut kehilangan punca pendapatan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Balkisyh berkata lampin kain boleh digunakan sementara waktu sehinggalah keadaan kembali pulih. Katanya lagi, orang dahulu tiada masalah untuk pakai lampin kain.
“Pada saya kaedah ini boleh anda gunakan untuk sementara sahaja dan kalau ekonomi kembali pulih serta stabil, boleh guna lampin pakai buang balik.
“Orang zaman dahulu atau sekitar tahun 1990-an dan ke bawah memang guna kaedah ini. Alhamdulillah kami helok je. Buat masa ini kena ubah cara hidup,” tulisnya.
Diakhir perkongsian itu, Balkisyh turut menitipkan doa agar keadaan negara dapat segera kembali pulih agar rakyat dapat kembali bekerja dan mencari pendapatan seperti biasa.
- SUMBER
- Kosmo!
Betul mmg jimat.. saya masa bersalin anak pertama pun guna kain lampin.. tgh2 tu letak nappy liner jd kotoran x melekat teruk kat kain lampin.. kita hny gosok2 tgh tu & lepas tu rendam.. bila husband balik dia yg cuci2 lampin tu & sidai.. mmg la penat sikit tp nak berjimat kn.. bila dah ok sikit baru tukar ke disposable diapers but that was 18 yrs ago punye cerita.. saya pun penah rasa susah.. ok jgk idea balqish.. samada org nak buat atau tidak je :-) stay safe & stay strong everyone..
betul. dari susah hati dengan lampin pakai buang melekat dipunggung anak dari lepas mandi pagi hingga mandi petang baru tukar, merebak kuman lebih baik pakai lampin kain. anak berak dan kencing terus suci.
dari susah hati minta bantuan pampes sebab ada anak konon.
mngambil kesempatan dlm pkp ini
Parents skrg dh terbiasa pakai disposable diapers…dh biasa hidup mudah smpai x terpikir kaedah lain .yg malas pun ramai..nk senang je walaupun keadaan terdesak..zaman skrg byk je cloth diapers yg cantik n berkualiti..antara rajin ngan malaih je..
Skrg cloth diaper mcm2 corak, comel2..dulu aku belikan anak aku 20 keping, hari2 cuci..mmg jimat duit tapi penat..setahun lebih je pakai sebab 2thn setengah aku dah train dia pegi toilet..skrg time susah tkde keje duduk rumah pakai je lampin, jimat btol..nanti dabis pkp dah start keje belilah disposable lagi
sempat jgk anak sulung pakai..jimat cuma kena rajin tukar dan cuci saya sental dgn sabun fab ketul perap lps tu bilas xyah sental xyah rendam clorox mg cantik putih bersih.. lgpn mak2 bkn kerja duk rumah je kan lps habis pkp dh kja blh la pakai pampers balik..
Setuju sangat. Mmbzir beli pmpers pakai buang tu.