Balkiysh Tak Cari Lelaki Kaya, Pentingkan Kebahagiaan Anak-Anak
Hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Balkiysh Semundur Khan yang terkenal dengan watak dalam telemovie Mak Cun mengakui tidak mencari lelaki yang kaya dan banyak harta untuk menjadi suaminya.
Menurut Balkiysh, dia tidak mahu menumpang kesenangan orang lain kerana semua itu boleh diusahakan sendiri. Apa yang paling penting adalah bakal suaminya itu dapat memberi kasih sayang dan ikhlas ikhlas kepadanya dan anak-anaknya.
“Walaupun saya seorang ibu tunggal, ada rupa, ada nama tapi saya tak ada rasa nak cari lelaki yang senang. Cukuplah orang tu boleh bagi kebahagiaan pada saya dan anak-anak.
“Siapa tak nak hidup senang. Memang hidup kami tak sesenang orang lain tapi bagi kami duit tu kita boleh usaha cari,” tulisnya.
Balkiysh mengaku ada rakannya suruh memilih suami di kalangan lelaki yang senang agar kehidupannya lebih terjamin, namun dia lebih senang untuk hidup bersederhana dan usaha sendiri untuk berjaya.
“Memang ada juga kenalan rapat yang suruh saya pilih sahaja lelaki yang senang supaya kehidupan saya lebih terjamin. Tapi saya sedar asal-usul saya dan saya tak nak menumpang kesenangan orang lain.
“Biarlah saya hidup sederhana dan berusaha sendiri untuk berjaya. Pada yang janji bulan, bintang dan mencuba tu saya mintak maaf ya,” katanya.
Balkisyh mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada tahun 2006 dan bercerai pada September 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.
Abg mael harta xde tapi hensem kata mak saya….abg niaga ayam berempah jer.esok abg masyuk minang k…hang tunggu cheq noo
Quote – “Walaupun saya seorang janda (ibu tunggal), cantik (ada rupa) , famous, top, popular (ada nama) tapi saya tak ada rasa nak cari lelaki yang kaya raya, datuk, Tan Sri (senang) . Cukuplah orang tu boleh bagi kebahagiaan pada saya dan anak-anak”. Perasannya ko ni… Uweks!!!
As a single mother myself, mmg la sunyi and ingin peneman utk diri sndiri n ayah kpd anak2 tp x la smpai nk buat iklan/ statement terbuka cmtu..tambah2 iklan tu mcm over confident kita lebih itu inj..biarla jodoh dtg sndiri x kira la siapa pun dia asalkan yg terbaik n bertjwb..
Ibu tunggal dn oku dpt rm300.00 one off
Ade rupa.. ade nama.. hehehehe.. ok.. if u say so :-)
Die ckp ade rupa ada nama. Aku dh blurred kejap. Sape akak ni eh. Tak penah dgr pon
Ada ‘air’ disitu tak nak kikis lelaki kaya dah bagus, tapi dialogue tu mcm kurang rendah diri…mati2 fikir auntie Suhaina Yahya cerita Marah2 Sayang sekali google lain org…masuk bakul terkenal hahaha…kelakar kelakar
Betul lah info dia beri:-
1) janda ( sah bercerai)
2) ada rupa ( boleh nampak mukanya)
3) Ada nama ( Balkish)
4) Tak nak cari lelaki senang. ( Yg ni aku sokong 100% :- yg senang2 pukul bini, senang2 mkn duit keringat bini, senang2 madukan bini etc etc..)
Hahaha…
Ada rupa, ada nama hahaha ..
Orang tengok tendangan maut kau dulu ramai pikior berkali-kali
Semoga tercapailah cita-cita tersirat tu cik kak