fbpx

PU Riz Dipuji Pakaikan Inai Di Jari Neelofa

Apa saja perkongsian selebriti popular, Neelofa pasti akan menjadi perhatian ramai. Sehinggakan video memaparkan suaminya memakai inai pun menjadi bualan.

Baru-baru ini, Neelofa ada memuat naik video di akaun TikTok miliknya apabila suaminya, PU Riz dilihat sedang memakaikan inai pada jari tangannya.

BACA: Neelofa Kongsi Cerita Detik Jatuh Cinta Dengan PU Riz Selepas Jadi Imam Solat Tarawih

@neelofa

Follow @nunha.co slalu jugok

? suara asli – zayn – zainul

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji PU Riz serta mengatakan Neelofa sangat beruntung dikurniakan seorang suami penyayang.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar rumah tangga Neelofa dan PU Riz kekal hingga ke syurga serta ada yang berharap dipertemukan jodoh yang baik juga.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal.