fbpx

Balik Kelantan Pakai Sopan, Sabronzo Dolla Tak Kisah Dituduh ‘Fake’

Sebut saja kumpulan Dolla, pasti ramai tahu ianya dianggotai oleh empat orang gadis cantik yang digelar BlackPink Malaysia.

Salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Sabronzo berkata dia tidak berkecil hati apabila ada netizen menggelarkan dirinya ‘fake’ kerana berpakaian sopan ketika menyambut raya di Kelantan baru-baru ini.

BACA: Pakai Skirt Pendek, Netizen Sindir Sabronzo Dolla

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Sabronzo dilihat mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bertudung.

Memetik mStar Online, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkata dia tidak kisah dengan kecaman tersebut dan tetap melayan peminat dengan baik.

Menurut Sabronzo, ada masa dia akan tetap memakai berbaju kurung di bandar dan dia tidak kisah dengan pendangan orang terhadap dirinya.

“Yang kata saya fake tu… sebenarnya apabila ada di bandar pun saya tetap pakai baju kurung juga, saya tak kisah pun orang nak cakap apa atau beri pandangan begitu terhadap saya.

“Kami pun ada peminat baharu, jadi mereka yang belum kenal pasti akan bertanyakan soalan yang sama mengenai pemakaian, kontroversi seksi mahupun apa saja. Tak apa, kami okay untuk jelaskan kepada mereka terutamanya persoalan mengenai Dolla,” katanya.