fbpx

Balik Dari Tunai Haji, Imej Berhijab Nelydia Senrose Dipuji Ramai

Selamat menjalani ibadah haji, difahamkan pelakon Nelydia Senrose dan suaminya, Mohd Hafez Halimi sudah pun selamat pulang ke tanah air.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang netizen di aplikasi TikTok mengenai imej berhijab Nelydia selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji.

BACA: Kini Bergelar Hajah, Suami Nelydia Senrose Dipuji Bimbing Isteri Ke Jalan Syurga

https://www.tiktok.com/@nasrulnuddinnasri/video/7125444363026451738?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menerusi video dikongsikan, Nelydia dilihat anggun memakai sepasang jubah serta tudung bawal berwarna hijau lembut dalam satu majlis kesyukuran sempena selamat tiba dari Mekah.

Dalam video tersebut, netizen turut memuji wajah pelakon itu yang semakin berseri selepas menunaikan rukun Islam yang ke-5 itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon itu serta gembira dengan imej sopan Nelydia yang sangat cantik dan lebih ayu.

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar pelakon itu akan terus kekal istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna.