fbpx

Selamat menjalani ibadah haji, pelakon Nelydia Senrose ada memuat naik foto bersama suami ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Menerusi entri itu, Nelydia turut meluahkan rasa syukur atas keikhlasan serta pengorbanan suaminya, Mohd Hafez Halimi dalam memimpin ke jalan Allah.

BACA: Mula Bertudung, Nelydia Senrose Akui Bimbang Hati Berbolak Balik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

“Syurgaku…terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburanmu untuk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasanmu untuk ke jalan Allah sangat ku kagumi.

“Dia (suami) tidak berkira-kira untuk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dengan penuh hormat dan kasih sayang.

“Dialah sebaik-baik rezeki buatku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurga-Nya,” tulisnya.

Dalam entri berkenaan, Nelydia turut berkongsikan beberapa keping gambar kenangan ketika mengerjakan ibadah haji, wukuf di tanah Arafah.

Perkongsian Nelydia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen suami pelakon itu yang membimbing Nelydia ke arah kebaikan.

Malah, ramai yang mendoakan pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga serta segera dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.