Semalam, pelakon Nora Danish bersama suami, Nedim Nazri dan anak bongsunya, Ney Ney selamat tiba di Pulau Langkawi untuk bercuti.

Tidak lokek berkongsikan gambar percutiannya, namun imej seksi Nora menimbulkan rasa kurang senang netizen yang dilihat agak mencolok mata.

BACA: Paranoid Tapi Nora Danish Dah Sampai Langkawi Dulu

Mungkin banyak kritikan diterima susulan penampilannya itu, Nora dilihat telah menutup ruangan komen foto dikongsikannya itu.

Namun, beberapa komen pedas dapat dilihat daripada posting sebelum ini dimana ramai mengecam penampilannya itu yang dikatakan tidak sesuai sebagai seorang yang beragama Islam.

Apapun mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka.