fbpx

Bakal Timang Anak Lelaki, PU Abu Janji Tak Lupa Tanggungjawab

Kemelut rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu dan Ain Afini akhirnya bertemu titik noktah apabila disahkan bercerai talak dua selepas kedua mereka kembali ke mahkamah susulan PU Abu dikatakan tidak memberi kenyataan penuh, Rabu lalu.

Meskipun sudah bercerai, PU Abu berkata tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya. Dijangka bakal menimang cahaya mata lelaki Julai depan, PU Abu berjanji akan mengutamakan segala keperluan anaknya itu.

BACA: Patah Balik Ke Mahkamah, PU Abu & Ain Afini Sah Cerai Talak Dua

“Sejujurnya saya tak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak saya nanti. Saya sudah menyediakan kelengkapan untuk Afini dengan membeli barangan bayi, itu belum termasuk duit nafkah.

“Anak itu darah daging saya, kemana sahaja dia pergi darah saya tetap mengalir dalam tubuhnya. Sehingga urusan berkahwin dia nanti pun dia akan perlukan saya,” katanya kepada mStar Online.

PU Abu memberitahu hubungannya dengan bekas isteri serta keluarga mertua baik-baik sahaja. Dalam pada itu, PU Abu turut meminta orang ramai memberi ruang kepada Ain Afini.

“Jika saya berjumpa dengan ayah Ain, kami berpeluk. Dengan Ain juga saya bersembang seperti biasa. Saya cuma minta orang ramai untuk menghormati bekas isteri saya itu. Saya tak mahu tambah tekanan kepada Ain,” katanya.