fbpx

Bakal Tamat Zaman Duda, Noh Salleh Kongsi Gambar Baju Nikah

Umum mengetahui, vokalis Hujan Noh Salleh bakal mengakhiri status duda pada 23 September depan bersama wanita pilihan, Fatin Athira Mustapa yang merupakan seorang peguam.

Difahamkan kad undangan digital majlis perkahwinan mereka sudah pun mula diedarkan pada bulan lalu. 

BACA: Noh Salleh, Fatin Athira Nikah 23 September

Terbaru, perkongsian Noh menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik gambar persalinan pengantin dipercayai busana untuk majlis pernikahannya.

Pada gambar tersebut, turut tertera nama Noh dan Athira pada penyangkut baju busana pengantin berwarna putih berkenaan serta tarikh 23 September seperti mana yang diperkatakan sebelum ini.

Perkongsian Noh itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan peminat yang mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Terdahulu, Noh dan Fatin mengikat pertunangan di kediaman wanita itu di Putra Heights, Subang Jaya pada 7 Mei lalu.