fbpx

Noh Salleh, Fatin Athira Nikah 23 September

Vokalis Hujan Noh Salleh sah bakal mengakhiri status duda pada 23 September depan bersama wanita pilihan, Fatin Athira Mustapa yang merupakan seorang peguam.

Memetik Kosmo, difahamkan kad undangan digital majlis perkahwinan mereka sudah pun mula diedarkan.

BACA: Noh Salleh Dah Bertunang

Menerusi kad jemputan itu, majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah pagi manakala majlis resepsi diteruskan pada jam 8 malam pada hari yang sama.

Pasangan itu memilih sebuah dewan acara yang terletak di Puchong untuk majlis resepsi mereka.

Fatin Athira adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor yang kini berkhidmat sebagai peguam.

Terdahulu, Noh dan Fatin mengikat pertunangan di kediaman wanita itu di Putra Heights, Subang Jaya pada 7 Mei lalu.