fbpx

Bakal Lahirkan Anak Sulung, Raja Ilya Nak Bersalin Dalam Air

Dijangka bersalin pada Julai depan, pelakon Raja Ilya berkata dia memilih kaedah untuk melahirkan bayi di dalam air.

Menurut Ilya, dia sudah memohon untuk bersalin dalam keadah tersebut sejak awal kehamilan lagi. Ujarnya lagi, jika tiada sebarang komplikasi dia boleh melahirkan dengan kaedah berkenaan.

BACA: Boleh Melaram Sekali, Raja Ilya Teruja Bakal Timang Anak Perempuan

“Di sini ada pilihan kalau nak bersalin secara normal, dalam air, di rumah dan lain-lain. Jadi, saya dan suami merancang kaedah melahirkan bayi dalam air menggunakan khidmat bidan saja tanpa doktor atau pergi hospital.

“Insya-Allah kalau tak ada sebarang komplikasi sewaktu nak melahirkan boleh teruskan kaedah ini. Melalui kaedah ini dia dibuat di pusat bersalin yang diuruskan oleh Midwife King Edward Hospital. Jadi, prosesnya hanya perlu membuat permohonan lapan bulan sebelum bersalin.

“Lagipun, tidak semua boleh melahirkan di situ. Mereka akan temuduga dahulu terutama dari segi kesihatan dan jarak dari rumah,” katanya.

Berkongsikan mengenai proses berpantang, Ilya berkata dia turut meminta bantuan seorang rakyat Malaysia yang juga menetap di Perth. Malah, dia juga sudah mendapatkan segala kelengkapan untuk berpantang dari Malaysia.

“Proses berpantang nanti, Alhamdulillah saya sempat kenal ramai orang Malaysia di sini. Jadi ada seorang kakak ini akan bantu saya buat semua yang patut nanti.

“Disebabkan ‘due’ saya bersalin pada Julai, kebetulan di sini pula musim sejuk dan kebanyakannya basah dan ribut, jadi saya harap badan tak meragam.

“Setakat ini produk berpantang pun saya sudah dapat dari Malaysia seperti set bertungku, set berpantang, bengkung dan banyak lagi. Semua sudah tersedia,” katanya.