fbpx

Bakal Jadi Mak Mentua, Elisya Sandha Belajar Masak Dengan Sheila Rusly

Umum mengetahui, Sheila Rusly bukan sahaja pelakon dan penerbit terkenal, malah pandai memasak serta tidak lokek berkongsikan video masakannya di Instagram.

Baru-baru ini Sheila dilihat ada memuat naik gambar pelakon Elisya Sandha yang sedang sibuk memasak di dapur. Difahamkan, Elisya sedang menuntut ilmu cara untuk membuat karipap sardin.

BACA: Elisya Sandha Bakal Menantu Sheila Rusly?

Diruangan komen, Elisya sempat mengucapkan terima kasih kepada Sheila Rusly di atas pengalaman dan perkongsian ilmu memasak yang diberikan.

Elisya yang juga adik kepada Fasha Sandhha difahamkan sedang menyulam cinta bersama anak lelaki Sheila iaitu Uzair Haqimy.