fbpx

Bakal Isteri Zizan Nin Bertudung, Kahwin Bulan Hadapan

Alhamdulillah. Akhirnya jejaka berwajah manis ini bakal menamatkan zaman bujang tidak berapa lama lagi.

Di’temui media ketika menghadiri majlis pembukaan sebuah pusat kesihatan, Zizan Nin mengakui beliau kini sibuk buat segala persiapan yang patut.

Apabila di’tanya tentang siapa gerangan gadis yang bertuah, Zizan Nin mengakui bakal isterinya datang dari kalangan bukan selebriti.

“Dia orang biasa dan bukannya selebriti. Kami sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu. Saya dan dia menjadi rapat selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan”

Mereka berdua yang telah menghadiri kursus perkahwinan Aidiladha lalu bakal di’satukan bulan hadapan dengan restu keluarga.

Kami suka personaliti Zizan Nin yang bekerjaya sebagai selebriti namun dapat menghindarkan diri dari gossip liar.