Bakal Bersalin, Siti Sarah Seriau Dengan Kes Tertukar Bayi
Kini hamil enam bulan dan bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi, penyanyi Siti Sarah mengakui fobia dengan kes bayi yang baru lahir tertukar baru-baru ini.
Menurut Sarah, selama ini dia hanya melihat kejadian itu berlaku di dalam drama sahaja dan tidak sangka boleh terjadi secara realiti.
BACA: Siti Sarah Dedah Duit Hantaran Shuib RM15,000 Rupanya Hutang
“Berdiri bulu roma saya. ‘Seriau’ Ya Allah bila baca cerita ini. Lagi-lagi sekarang saya sedang sarat hamil.
“Kalau dalam sinetron Indonesia ada cerita Puteri Yang Ditukar, ini betul-betul jadi bukan sinetron atau cerekarama,” katanya.
Dalam pada itu, Sarah berharap kecuaian seperti itu tidak akan berulang lagi di masa akan datang apatah lagi bimbang jika tiada siapa menyedari bayi mereka tertukar.
“Apalah rasanya mengandung sembilan bulan tiba-tiba dapat tahu bayi tertukar. Nasib la mak ayah sedar ketika nak memotong tanda nama pada kaki.
“Kalau tidak sampai besarlah tak tahu bayi tertukar. Sarah yang baca berita ini pun bukan sekadar ‘seriau’, fobia pun ada. Lagi-lagi bila dua ibu ini sama sama sedih teringat bayi yang dah jadi anak susuan,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Terpikir nk ckp tp…nasib baik x ckp. X brp baik klu aku ckp. Syabas aku kerana x cakap.
Kannn…
bored hebatt
Bored nak cakap ape? huhuhu sori slow der…
Aku ckp bleh.?hidung dia dah lainkan..mmg beza bunga depan tu.tp takpela..ape yg dia rasa ok utk dia..salah or tak dia yg tggung
Thanks @Kiah Cun, betapa slow nye aku sejak WFH ni..sel otak kasi kecut abes
asal ada kes je..semua nak komen, biasa la manusia ada salah n silap..lps tu..ko beranak kat hosp swasta 1st class bukan gomen hosp..alah..alahj..alah..alahhhhhhhhh
Bukan sapa sapa..
Salah dan silap mmg biasa2 kalau impak salah tu kecik.
Tp ni impak dia sgt besar. Melibatkan keturunan. Anak tu dah akan silap berbinti bin bapak yg bukan darah daging dia. Budak tu besar kahwin nnt, akan carry on nasab yg x betul.hukum nikah dia camna nnt? Lepas tu harta keturunan akan terbagi kat org yg x sah.
Salah tu x kira samada hosp swasta atau govrnmt. Org yg kerja (dan menerima gaji atas kerjanya) perlu bertanggungjawab kalau salah. Kalau bagus dpt bonus, klu salah, hadap la tindakan.