fbpx

Di’kesempatan ini kami berminat untuk mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada mereka yang menyambut & mereka yang hari ini bercuti kerana’nya.

Penyanyi yang kini masih popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali hari ini membuat satu pengakuan yang beliau sudah pun berhijrah ke arah lebih baik.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul semalam, Ana Raffali mengambil keberkatan hari untuk mula mengenakan tudung.

Ana Raffali berkata keputusan untuk mengenakan hijab secara tetap lahir dari ketulusan hati dan bakal suami juga keluarga tidak terkejut kerana beliau sudah mengenakan tudung ketika menyampaikan kad undangan perkahwinan beberapa hari lalu.

“Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain,” ujar Ana Raffali yang bakal berkahwin 25 Februari ini. via BH