Bermulanya Ramadhan pertama hari ini, Rozita Che Wan meluahkan hasrat untuk khatam Al-Quran sepanjang bulan puasa tahun ini. Malah Che Ta juga memberitahu jadualnya padat kali ini dengan amal ibadah di rumah.
BACA: Selepas Produk Kecantikan, Che Ta Jual Sim Kad Prabayar Pula
Tidak mahu mensia-siakan kedatangan bulan Ramadhan, Che Ta telah merancangan untuk menjemput ustazah ke kediamannya untuk mengaji Al-Quran sepanjang bulan puasa ini, bersama keluarga tersayang.
“Bermula tahun ini saya dan keluarga sudah mempunyai jadual kehadiran ustazah ke rumah sebab kami mahu khatam al-Quran sepanjang bulan puasa ini. Tidak ada majlis secara besar-besaran pun, hanya kami anak beranak sahaja di rumah”
Bercerita pula mengenai Aaisyah yang kini sudah berusia lima tahun, Che Ta kagum dengan perkembangan anaknya yang sudah mampu menghafal surah untuk mengerjakan solat, biarpun masih tidak berpuasa.
“Saya masih belum melatihnya untuk berpuasa, namun bila menyentuh soal puasa dia sudah faham. Melihat dia mampu menghafal surah untuk mengerjakan solat, memang sesuatu membanggakan sebagai seorang ibu,” jelasnya.
Murni sungguh hasrat Che Ta pada Ramadhan kali ini, semoga hasrat itu boleh dijadikan inspirasi buat peminat diluar sana juga. Dan kami harapkan niat murni Che Ta itu dipermudahkan. (rtky/w)