fbpx

Baju Nabila Razali Dikritik Dikatakan Berkemban

Ahad lalu, berlangsungnya acara gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular BH Ke-31. Seperti biasa, gaya dan fesyen selebriti antara yang menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun, busana yang digayakan oleh penyanyi Nabila Razali dikritik netizen yang menyifatkan cara pemakaiannya tidak mengikut syariat.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan fesyen Nabila yang bertudung tetapi tidak menutup dada dan menggayakan baju yang mengikut bentuk badan.

BACA: Nabila Razali Tertarik Dengan Lelaki Berparut Di Wajah

Tidak kurang juga ada yang mengatakan baju yang dipakai oleh Nabila itu tidak sesuai dengan imej wanita muslimah dan seperti sedang berkemban.

Selain imejnya dikecam, netizen juga turut mengkritik suaranya yang sumbang ketika membuat persembahan secara langsung bersama Ismail Izzani.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Apa pun, mungkin selepas ini Nabila perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian agar tidak mengundang sebarang fitnah.