fbpx

“Baju Itu Bukan Dibuat Sehelai Untuk Hanya Seorang”

Baru-baru ini kecoh di media sosial isu Neelofa memakai busana yang sama dengan Fazura dan rata-rata netizen berpendapat ianya bukanlah satu kebetulan tetapi Neelofa seolah sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian.

Bagaimanapun, Neelofa memberitahu dia tidak tahu menahu baju yang dipakai olehnya ketika mengacarakan program MeleTOP itu pernah digayakan oleh Fazura.

BACA: Pakai Baju Sama, Netizen Dakwa Neelofa Tiru Fazura?

Menurutnya lagi, busana tersebut bukanlah dibuat hanya untuk seorang sahaja dan walaupun ramai memakai baju yang sama, gaya pemakaian mereka berbeza.

“Baju itu bukan dibuat sehelai untuk hanya seorang atau ‘custom-made’, tetapi koleksi ‘ready-to-wear’ (sedia untuk dipakai). Saya tidak tahu apa-apa mengenai kemahuan orang lain dan saya tiada masa untuk memeriksa baju itu dibuat untuk siapa.

“Walaupun ada 10 orang yang memakai baju yang sama, tetapi gaya pemakaian kita berbeza. Sebab itu saya bersedia pakai mana-mana baju rekaan pereka tempatan,” katanya kepada BH Online.

Walaupun perbalahan antara peminat Neelofa dan Fazura di laman sosial boleh menyebabkan sesuatu isu itu menjadi lebih besar, bagaimanapun perkara itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada Neelofa.

“Pergaduhan antara peminat tidak begitu mengganggu saya, malah tidak memberikan kesan langsung kepada saya. Fokus saya hanya kepada kerjaya dan komitmen sebagai duta produk,” katanya.