Perkongsian pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menjadi perharian apabila memuat naik gambar aktor Hun Haqeem sedang menunaikan solat ketika berada di lokasi penggambaran.
Menerusi hantaran berkenaan, Ayda menyifatkan Hun seorang yang baik dan kelakar. Lebih menghiburkan, Ayda turut berseloroh mengatakan Hun pandaikan kopekkan udang dan ikan.
BACA: “Pakai Baju Melayu Tunjuk ‘Asam Keping’ Tak Beradablah” – Hun Haqeem
Sementara itu, Ayda sempat mempromosikan rakannya itu jika ada yang berminat bolehlah menghantar mesej secara peribadi kepada Hun memandangkan aktor itu masih lagi single.
“Siapa berminat, DM Hun Haqeem. Baik, solat tak tinggal. Kadang-kadang kelakar, pandai kopekkan udang dan ikan. Single katanya,” tulis Ayda.