fbpx

Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen memodenkan baju Melayu dengan perincian pelikl sebagai tidak beradab.

Memetik Kosmo, Hun berkata orang Melayu mempunyai kesopanan tinggi dan ianya perlu dijaga dalam menonjolkan identiti baju Melayu. 

BACA: Netizen Terkejut Tengok Babak ‘Cium Berlapik’ Hun Haqeem, Daiyan Trisha

“Saya kecewa apabila tengok pereka fesyen mereka baju Melayu yang jarang seolah-olah sudah melanggar erti kemelayuan.

“Tiada songkok pun tak lengkap sebab sebagai orang Melayu kita terkenal dengan sifat sopan santun, beradab dan beradat.

“Kalau tunjuk ‘asam keping’, tak jadi beradablah. Apa-apa pun berbalik kepada kita punya asas dan rumpun siapa kita,” katanya.

Sementara itu, Hun beranggapan baju Melayu tidak perlu dimodenkan bagi  menjaga nilai estetika baju tradisional itu.

“Kalau nak memodenkan sesuatu kena pergi kepada asas. Nak buat sesuatu kalau calarkan kesopanan Melayu akan rosak juga nama bangsa Melayu. Benda macam itu kena jaga.

“Boleh nak ikut gaya Barat tetapi bila lagi mahu ambil peluang tunjuk dekat luar sana bahawa baju Melayu adalah pakaian seragam kita. Baju Melayu ini macam sut. Rasa tampan kalau pakai lengkap.,” katanya.

SUMBER: Kosmo