fbpx

Bahasa Na’vi Dalam Filem Avatar Ada Pengaruh Bahasa Melayu

Anda sudah tonton filem hebat arahan James Cameron, Avatar? Jika belum, sila pergi tonton hari ini juga kerana ia’nya awesome!

Sesiapa yang sudah menonton pasti sudah mendengar tutur bahasa kaum Na’vi dalam filem ini. Tetapi tidak semua tahu, bahasa yang di’cipta khas untuk filem ini ada pengaruh Bahasa Melayu.

Pencipta bahasa untuk filem ini, Dr. Paul Frommer, yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang linguistik, mengakui tentang kebenaran hal ini.

Untuk mencipta bahasa unik kaum Na’vi ini, Dr. Frommer menggunakan pengetahuan beliau dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa yang kita letakkan sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu.

Beliau mengambil masa selama 4 tahun untuk menyiapkan bahasa yang bagi beliau sangat rumit & mempunyai dialek yang unik.

Anda boleh membaca lanjut tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam filem Avatar ini di Bright Sight of News.