“Bahagiakan Ibu, Keluarga Rasa Lebih Puas”

Seringkali terpalit mengenai kisah cinta yang tidak menjadi, Zizan Razak dalam masa yang sama menjelaskan bahawa kini fokusnya bukan lagi untuk mencari wanita terbaik sebaliknya mahu menjaga keluarganya.

BACA: Zizan Razak Akui Sudah Lama Pasang Niat Jadi Suami

“Kalau ditanya soal wanita, saya sebetulnya enggan lagi memikirkan tentang perkara itu. Bagi saya cukuplah sekarang saya memberikan tumpuan kepada kerjaya, perniagaan dan membahagiakan ibu saya sendiri”

“Saya tahu itu yang terbaik. Membahagiakan ibu dan keluarga lebih memberikan kepuasan sebenarnya. Bukan bermakna saya menganggap wanita (teman wanita) merimaskan tetapi biarlah kena pada waktunya”

“Soal jodoh dan dengan siapa saya mahu berkahwin biarlah masa sahaja yang menentukan. Yang penting saya lebih matang dalam menjalani kehidupan pada masa depan ,” kata Zizan kepada Utusan Online. Malah dalam masa yang sama, pelakon ini juga menjelaskan bahawa dia juga mahu bertaubat dan tidak mahu mengulang kesilapan lama. (rtky/s)