fbpx

Hampir 14 tahun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lebih muda, pelakon veteran Rosnah Mat Aris bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan suaminya, Tajul Efendie Isa.

Memetik mStar Online, Rosnah berkata meskipun berbeza usia 26 tahun namun dia tetap menghormati suaminya.

BACA: “Artis Malaysia Tak Kaya Kalau Tiada Peniagaan, Berlakon Je Tak Cukup”

Kata pelakon itu lagi, adakalanya dia terfikir sama ada pasangan yang dikahwininya itu muda atau tua kerana suaminya seorang yang matang.

“Saya kadang-kadang terfikir saya kahwin dengan orang muda ke atau orang tua sebab cara dia berfikir dan layan saya macam dah berusia, matang,” katanya.

Berkongsi lanjut, pelakon berusia 67 tahun itu berkata suaminya juga berjaya mengubah dirinya daripada seorang yang kasar menjadi manja.

Meluahkan rasa syukur rumah tangganya masih lagi bertahan sehingga ke hari ini, Rosnah berkata dia dan suami berpegang kepada tiga kunci utama ini.

“Kami bertahan sehingga sekarang sebab saya percaya tiga benda iaitu jujur, ikhlas, amanah,” katanya.