“Artis Malaysia Tak Kaya Kalau Tiada Peniagaan, Berlakon Je Tak Cukup”
Lama tak dengar cerita tentang pelakon veteran Rosnah Mat Aris. Selepas dua tahun hilang pendapatan akibat Covid-19, Rosnah bersyukur apabila dapat kembali bekerja.
Menurut Rosnah, sekarang tiada lagi benda percuma namun dia masih lagi bernasib baik kerana masih mempunyai suami
BACA: Naik 2KG, Peminat Samakan Wajah Ayda Jebat Dengan Rosnah Mat Aris
“Kalau tiada duit, kita boleh makan nasi dengan garam. Tapi kalau sakit sekarang, masuk hospital semuanya perlukan duit. Tiada yang percuma lagi. Tambah lagi kalau hospital swasta, wang jadi mahal berkali ganda. Duit yang ada disimpan untuk kegunaan begini.
“Bayangkan dua tahun setengah tiada kerja. Setiap benda kena keluarkan duit. Apa benda pun tak boleh buat. Yang ada kedai kena tutup tapi, sewa masih berjalan.
“Kalau dibagi percuma tanpa sewa masa PKP, kita bertahanlah. Saya bernasib baik juga masih ada suami berbanding orang lain mungkin tiada suami,” katanya.
Kata Rosnah lagi, meskipun tidak lagi semewah dulu namun tetap bersyukur kerana masih lagi mempunyai simpanan serta rezeki yang cukup. Ujarnya lagi, dia belajar daripada pengalaman lalu ketika kejatuhan ekonomi satu ketika dahulu.
“Alhamdulillah sampai sekarang rezeki kami yang Allah bagi mencukupi. Walaupun tak semewah dulu, kita sekarang kena berjimat cermat.
“Saya dah berhati-hati semasa kejatuhan ekonomi sekitar 1997 dulu. Tapi waktu itu saya ada beberapa kantin seperti di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dikongsi bersama arwah adik.
“Kemudian, saya tumpu pada kantin sendiri di sebuah bangunan berhampiran Ampang Park dan bertahan lama. Duit dari situ yang boleh buat saya hidup. Bila dah kena sekali, saya sentiasa berhati-hati. Tak banyak pun kena simpan untuk sakit,” katanya.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai trend artis terpaksa meminta bantuan kerana susah, Rosnah menyifatkan ianya tindakan wajar daripada mencuri. Malah, Rosnah mengakui seorang artis itu tidak kaya jika tidak mempunyai perniagaan.
“Kita minta sebab kita susah. Pada yang boleh bantu, bantulah. Janganlah sebab dia artis dan minta bantuan, terus kena kecam. Artis Malaysia tak kaya kalau tiada perniagaan sebagai ‘back up’. Kalau setakat berlakon saja memang tak cukup.
“Bayangkan nak kena beli baju dan sebagainya. Semua kena beli untuk ‘shooting’. Kalau ada tajaan pun takkanlah pakai baju untuk kegunaan di rumah. Lainlah untuk pergi makan malam,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Retis2 Melayu ramai yg bipolar laa. Tu yg berebut2 ngaku jutawan walau kita xtau pun dia niaga apa.
Muka rosnah mat aris macam ayda jebat…
Dia ni dulu yg cakap isteri Rasulullah “tua bangka “kan…sampai kena gam dgn stesen TV.
Kenapa skrg aku pulak yg nampak dia dah tua bangka…Terkejut aku, berapa umur dia ni ehhh…nampak macam dah ganyut sangat.
@zaza
Sbb tu apa yg Allah bgi tu.. Syukur dengan nikmat ALLAH bagi! tk perlu nk ccuk sana, ccuk sini.. Dh ghuper TUA SEBELUM USIA!!kesannyer ganyut sebelum waktu! Kuikui
Memula aku tgk gambau ingt ni pensyarah yg viral tu..rupanya rosnah mat aris..cam x caya je nmpk tua sgt camni..