fbpx

Menerusi sesi live di TikTok, Datuk Red meluahkan keinginannya untuk beraya bersama anak-anak serta keluaga Datin Red dan Adira sebagai suami buat kali terakhir andai jodoh mereka tidak panjang.

Datuk Red meminta netizen untuk sampaikan permintaannya itu kepada kedua-dua isterinya. Katanya lagi lagi, dia mahu pertahankan rumah tangga namun bagaimana jika pihak sebelah sana tidak mahu.

BACA: Adira Gembira Datuk Red Dah Dapat Kerja

@khairisanuri

Permintaan terakhir kali untuk isteri2 Dato Red agar tarik balik permohonan penceraian mereka. #datored #fyp??viral #foryou #viral

? Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Tolong sampaikan kepada isteri-isteri saya, bagilah saya peluang untuk saya beraya dengan anak-anak. 

“Andailah kata kalau jodoh kami tak panjang, bagilah saya peluang untuk sambut raya dengan anak-anak untuk kali terakhir sebagai seorang suami.

“Kadang-kadang nak pertahankan, tapi sebelah pihak tak nak…kita nak buat macam mana?” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu dia seolah tidak boleh berbuat apa-apa apabila kes perceraiannya dengan Adira memasuki proses Hakam pada penghujung April ini.

“Bukan satu isteri tapi keduanya tolonglah saya tarik balik kessebab makin hampir dah. Macam kes Adira sangat hampir hujung bulan 4 ni dah masuk Hakam, bila dah masuk proses Hakam saya dah tak ada upaya, rasa tangan dah kena ikat.

“Saya berharap dapat beraya macam suami isteri sebagai satu keluarga lengkap. Jangan tunjuk dekat anak-anak tu macam tak ada apa berlaku,” katanya.