fbpx

“Bagi Saya Duit Belanja, Saya Akan Dengar Cakap Netizen”

Dikritik netizen gara-gara video ucapan yang ditujukan buat Hanis Zalikha dikatakan agak kurang sopan dan tidak menghormati isteri, Hairul Azreen memberitahu dia tidak terkesan dengan isu berkenaan.

Jelasnya lagi, itu adalah cara dirinya bergurau dengan isteri. Kata Hairul lagi, dia tidak boleh memuaskan hati orang ramai serta menerima segala kritikan netizen dengan hati yang terbuka.

BACA: Video Ucapan Hairul Azreen Dikritik Tak Hormat Isteri

“Kalau orang kenal saya, itu cara saya bergurau termasuk dengan isteri. Netizen bebas untuk cakap apa sahaja.

“Kalau orang di luar sana terguris hati, apa yang boleh saya katakan, saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Saya bahagia dengan hidup. Orang ingin cakap apa, silakan. Saya tidak boleh tutup mulut mereka.

“Kalau netizen bagi saya duit belanja untuk saya keluarga, mungkin saya akan dengar cakap orang di luar sana,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Hanis Zalikha turut mengulas mengenai isu tersebut berkata, setiap orang mempunyai pandangan dan peneriman mereka masing-masing terhadap video berkenaan.

“Bagi saya, video itu hanya satu bentuk gurauan daripada suami. Kadang-kadang, kita bergurau ada orang rasa tidak kelakar dan sebaliknya. Apapun, saya terima apa yang orang ingin kata,” katanya.

Terdahulu, Hairul memuat naik video ucapan di media sosial untuk isterinya. Di akhir video tersebut, Hairul berkata ‘mahu buat anak ketiga’ selepas selesai penggambaran filem.