“Badan Elok Tak Tunjuk Rugilah, Badan Saya Lawa” – Aliff Syukri
Saban tahun muncul dengan lagu raya, tahun ini usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak ketinggalan tampil dengan lagi berjudul Chu Ku Chuk Raya dengan memakai sut melekap di badan.
Melihatkan bajunya itu, ada netizen berpendapat sutnya itu seperti baju menyelam serta ada yang mendakwa merosakkan imej baju trasional Melayu.
BACA: “Suara Saya Kepit Sikit, Tapi Unik Tu Ada” – Aliff Syukri
Memetik mStar Online, Aliff berkata dia memilih sut tersebut kerana mahu menyerlahkan tubuh badannya yang tegap dan rugi jika tidak berbuat demikian.
Menurut Aliff, baju tersebut bukan seperti baju menyelam sebaliknya ianya diinspirasikan daripada Power Rangers.
“Itu bukan baju renang, itu baju berbasikal yang saya ambil inspirasi daripada Power Rangers. Saya yang reka sendiri.
“Bagi saya fesyen itu universal, kenapa Aina Abdul pakai pelik-pelik netize boleh terima? Apa kurang saya? Bila badan dah elok tak tunjuk itu rugilah, sbadan saya lawa,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berpendapat setiap orang berhak untuk berfesyen selagi tidak berbogel. Ujarnya lagi, sut dipakai olehnya itu dilihat tidak senonoh mengikut pemikiran seseorang.
“Kalau orang anggap ia lucah maka akan jadi lucah kalau tidak dia biasa saja. Saya tak berbogel,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Hahahahahahahahahahahahahahaha
Hahahahhhahahahahahahahahahaha
Hahahahhaahahhahahahahahhahaha
Klu ko dpan mta aku, mmg ktwa besar aku.
Mat prasan. Ank da bderet tp prangai mcm bdak2
Allah..makin riak dan takabbur betul la Aliff Syukri ni…makin tak sedar diri…makin memalukan macam tak ada perasaan malu…tengok kalau Allah dah tarik perasaan malu dia,macam tu la jadinya…mudah²an Allah tarik balik pulak segala rezeki dia yg ada pulak lepas ni… Aaaminnn..
Level gila tak malunya alip ni..tebal betul kulit muka tu..
LAHANAT!
ni lagi sorang mental tak habis2…aiyakkkkkkkk