fbpx

“Badan Almy Naik Sebab Rangka Dia Besar”

Tidak pernah putus-putus Almy Nadia menjadi mangsa gara-gara keadaan fizikalnya yang berubah demi mendapatkan cahaya mata. Namun sebenarnya apa yang lebih penting adalah perhatian dan juga kefahaman oleh suami sendiri dalam membimbing isteri untuk berhadapan dengan mulut puaka netizen.

BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Anak Ketiga

“Badan Almy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram. Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah”

“Kalau nak diet tu dengan cara yang betul. Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,” jelas suami, Fizz Fairuz kepada mStar Online.

Selain itu, bagi Fizz Fairuz, dia tidak mahu mendesak Almy untuk menguruskan badan kerana memahami kesibukan isterinya itu dalam menguruskan anak-anak malah kini sedang hamil anak ketiga.

Fizz dan Almy berkahwin Pasangan ini bernikah pada 26 April 2014.Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2. (rtky/s)