fbpx

“Bad Tak Suruh Saya Kerja, Saya Yang Nak Buat”

Penyanyi Ashira berkata keputusannya untuk bekerja secara sambilan di sebuah restoran dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan adalah pilihan dirinya sendiri.

Tegas Ashira, tiada siapa yang memaksanya untuk bekerja dan apa yang dilakukannya itu bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suaminya, Bad Indigo.

BACA: Bad Indigo Jatuh Sakit, Ashira Terpaksa Kerja Cuci Pinggan Di Kedai Makan

“Pertama sekali saya tak terpaksa. Tiada yang paksa tapi saya yang nak kerja. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk (berita. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh serta terpaksa.

“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ini saya yang nak buat. Bosan duduk rumah saja, jadi kena keluar juga supaya minda sihat,” katanya.

Dalam pada itu, Ashira turut meminta kepada orang ramai supaya berhenti tag individu untuk memberi bantuan kerana dia masih mampu untuk menjaga keluarganya.

“Boleh tak tolong jangan ‘tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kepada saya? Saya tak memerlukan sungguh, saya sihat lagi boleh usaha sendiri.

“Terima kasih atas keprihatinan kalian. Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya okey . Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian,” katanya.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Ashira turut menjawab pertanyaan netizen yang mendakwa ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV) tahun lalu.

“Ada yang bertanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh, kemudian sudah setahun. Tolong buat pengiraan sendiri,” katanya.

Terdahulu, Bada berdepan kesukaran apabila lima jari kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes. Bad berkata dia terpaksa berjalan menggunakan walker untuk membantunya bergerak.