Berkongsikan video membaca surah Al-Kahfi di Instagram miliknya sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, bacaan pelakon dan penyanyi Alif Satar mendapat perhatian ramai.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bacaan 10 ayat terawal oleh Alif itu menerima komen positif daripada netizen yang memuji kemerduan suaranya mengalunkan ayat al-Quran berkenaan. Malah, ramai yang mengatakan bacaan tajwid serta makrajnya hampir sempurna.
BACA: Tiga Minggu Tak Solat Jumaat, Alif Satar Gembira Dapat Kad Jemputan Dari Masjid
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa tenang di jiwa selepas mendengar alunan tersebut. Kata netizen lagi, mereka berharap perkongsian Alif ini dapat dijadikan contoh buat anak muda yang lain.
Sementara itu, ramai yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Alif sudi berkongsikan video berkenaan kerana mendengar orang membaca Surah Al-Kahfi juga turut dikira mendapat pahala.
Surah al-Kahfi amat digalakkan untuk dibaca oleh umat Islam pada hari Jumaat. Hal ini demikian kerana, tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya, surah berkenaan difahamkan mampu menjadi benteng keimanan kukuh daripada fitnah dajjal.