fbpx

Memuat naik perkongsian mengenai perkara sunat pada hari Jumaat, Alif Satar memaklumkan sudah tiga minggu dia tidak dapat menunaikan solat Jumaat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi perkongsian itu, Alif turut berpesan kepada mereka Muslim di luar sana melakukan amalan untuk menambah pahala pada setiap hari Jumaat antaranya berselawat, memotong kuku dan membaca surah Al-Kahfi.

BACA: Brek Motor Mahal Kena Curi, Alif Satar Mohon Pencuri Bertaubat

“Dah tiga minggu tak pergi Solat Jumaat, tapi walaupun tak pergi, boleh buat benda sunat untuk score ‘point’ pahala jumaat.

“Potong kuku, baca surah Al-Kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah dan macam-macam lagi. Kita buat sama-sama, semoga diterima segala amalan kita guys!” tulisnya.

Namun, dalam satu perkongsian terbaru, Alif berkongsikan berita gembira apabila dia menerima kad jemputan untuk solat berjemaah dan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKPB.

Meluahkan rasa syukur apabila menerima kad jemputan berkenaan, Alif berharap dia akan mendapat jemputan ke Tanah Suci pula tahun hadapan.